Tumbuhan Strain (biologi)

Istilah ini tidak mempunyai status kedudukan rasmi dalam bidang botani; istilah ini merujuk kepada keturunan atau baka yang dihasilkan daripada sebuah unit induk terdahulu yang berkongsi ciri-ciri morfologi atau fisiologi yang sama. [12] Strain dalam bidang ini ialah kumpulan keturunan yang ditetapkan sama ada berasal daripada tumbuhan yang terubah suai (dihasilkan melalui pembiakan konvensional atau dengan cara bioteknologi), atau yang terhasil daripada mutasi genetik.

Sebagai contoh, beberapa strain padi dibuat dengan memasukkan bahan genetik yang baharu ke dalam sebuah pokok padi, [13] dan kesemua keturunan pokok padi tadi akan menjadi pokok padi yang telah diubah suai genetiknya. Pokok padi yang diubah suai secara genetik ini adalah suatu strain dengan maklumat genetik unik yang diturunkan kepada generasi terkemudian; selalunya nama strain yang baharu akan dinamakan dengan menggunakan nombor atau nama rasmi, meliputi semua tumbuhan yang turun daripada tumbuhan asal yang diubah suai. Pokok padi dalam strain tadi boleh dibiakkan menjadi strain atau kultivar padi lain, dan jika tumbuhan dengan ciri-ciri morfologi yang diingini dihasilkan, maka strain ini akan dibiakkan lagi untuk menstabilkan sifat yang diingini; strain tumbuhan yang stabil boleh dibiakkan dan "menjadi kenyataan" (menjadi kekal sama dengan tumbuhan induk). Pokok sebegini akan diberi nama kultivar dan dikeluarkan untuk pengeluaran untuk digunakan oleh petani.